PENGENALAN
HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
Latar
Belakang dan Sejarah Sekolah
Gambar
1: SMK (LKTP) Kg. Sertik, Karak, Pahang.
Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Kg. Sertik terletak di jalan masuk ke
Felda Kampung Sertik iaitu lebih kurang 22 km dari Bandar Bentong. Sekolah ini telah mula
dibuka pada awal tahun 1983 untuk
memenuhi keperluan penduduk setempat. Sebelum ini, anak-anak peneroka felda
Sertik berulang ke sekolah menengah yang agak jauh di Bandar Bentong. Pembukaan Tanah Rancangan Felda Mempaga Satu, Dua dan Tiga yang berhampiran dengan Felda Sertik ini
mempercepatkan lagi pembukaan sekolah ini
untuk memenuhi keperluan pendidikan menengah di Felda Sertik, Felda Gugusan
Mempaga dan sekitarnya.
Diawal penubuhannya, SMK (LKTP) Kg Sertik hanya
terdiri daripada bangunan Blok A, Blok B, Blok C, Blok D yang mempunyai 6 buah kelas, 1
bilik guru, 1 bengkel Seni Perusahaan dan 1 bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
serta sebuah kantin. SMK Sertik ketika itu dipimpin oleh Guru Besar yang pertama
bernama Tuan Haji Abdul Salam bin Abdul Rahim dibantu oleh 5 orang guru iaitu
En. Nordin, En. Munir, Pn. Rehana Yaakob, En. Wan Salam dan En. Tamil Selvam. Apabila
bangunan 4 blok berserta kantin telah siap dibina maka pengambilan pelajar kali pertama pada
tahun 1983 dimulai dengan tingkatan 1 seramai 56 orang murid. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dinaik taraf apabila peningkatan bilangan murid kepada 315
murid dan Tuan Haji Abdul Salam bin Abdul Rahim dinaikkan ke jawatan Pengetua. Pada awalnya sekolah ini menawarkan
pembelajaraan sehingga Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja. Sehinggalah pada
tahun 1997 apabila bangunan tambahan iaitu Blok E, Blok F dan Blok G telah siap, maka
sekolah ini menawarkan pembelajaran sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .
Sekolah ini pernah mencapai
bilangan pelajar sehingga 900 pelajar pada awal tahun 2000. Sekarang ini
bilangan pelajar sedang mengalami trend menurun dan sehingga pada tahun ini
bilangan murid hanya 426 orang sahaja. Kini, SMK (LKTP) Kg Sertik telah mengorak
langkah untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain di daerah Bentong dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
pelbagai bidang yang diceburi. Pada ketika ini, SMK (LKTP) Kg. Sertik dipimpin
oleh En. Zainuddin bin Yazid sebagai Pengetua. Di dalam Jadual 1 di bawah,
dicatatkan senarai nama-nama Pengetua yang pernah berkhidmat di SMK (LKTP) Kg.
Sertik sehinggalah masa kini.
Jadual
1: Senarai nama Pengetua SMK (LKTP) Kg Sertik:
TAHUN
|
NAMA PENGETUA
|
1981 - 1989
|
TN HJ ABDUL SALAM BIN ABDUL
RAHIM
|
1989 - 1991
|
TN HJ MAT SAOD BIN MAT SEH
|
1991 - 1996
|
PN. HJH HINDON BT MOHD
|
1996 - 1998
|
ABDULLAH BIN MOHD ISA
|
1998 - 2000
|
TN HJ MAT TAIB B. IMAM MAT
|
2000 - 2002
|
TN HJ AZIMUDDIN BIN MD ISA
|
2002 - 2005
|
TN HJ HAMIDI BIN
|
2005 - 2006
|
TN HJ AB RAHMAN BIN HALIB
|
2006 - 2010
|
PN. ZAINAB BINTI HARUN
|
2010 - 2012
|
PN RAHIMAWATI BINTI IBRAHIM
|
2012 - 2014
|
TN HJ RAMZAN BIN ALIAS
|
2014 - 2016
|
EN. AMARUDDIN BIN BAKI
|
2016 - Kini
|
EN. ZAINUDDIN BIN YAZID
|
Cikgu Zaliza
ReplyDelete